Monday, September 16, 2013

Interview KakSu



I managed to upload the voice recordings and put the images of her artwork together, the complete artwork is down below on the 1st post.

Tuesday, July 23, 2013

Sepetang bersama KakSu di PTF

Recently i visited KakSu at her office in PTF, 3rd floor, its been awhile and i feel like i need to see her and have a chit chat. So while talking i accidentally saw something on her desk. It's a pile of papers that don't like they belong today or recent times. It's some of her work that she did when she was working with NGOs such as PTFoundation/Ikhlas, W.A.K.E. and Persatuan Maknyah Wilayah Persekutuan ages ago since the 1980s. I was immediately pulled by the hand-drawn flyers that she did during the 80s working with the community Some manually hand-drawn and design the layout,some look like its been designed using a dinosaur pc, maybe Windows 0.1 operating system. The flyers and pamphlets are mostly on the Hiv prevention awareness and also on STDs. While being pulled and eyeballing the flyers one by one, it struck me that all of this gems need to be recorded and archived. For us the trans community in Malaysia she's like an icon or a person that we look up to in the community. Very motherly, warmth and friendly just like the first time i met her during 1998-1999 at PTFoundation old office donkey years ago and she's alright being interviewed and explain the work 1 by 1. I apologize because its in Bahasa Malaysia or bahasa pasar.





S: Boleh cerita sikit tak, apa ni? macam jadual atau aturcara?

KakSu: Program…

S: 24 Okotber 1987

KakSu: 1st seminar organized by UM(Universiti Malaya) if i'm not mistaken

S: UM jugak, dulu dulu dah ada...

KakSu: dah lama ada dah, tajuk dia "Kearah Menentukan Status dan Identiti Maknyah Dalam Masyarakat"…So benda ni telah lama kita bincangkan, so memang dari persentation tu bagus, dari semua professor lah especially Prof.Khairuddin, dia bukan hanya membentangkan tentang topik social and health review of maknyah, dia juga bentangkan juga pasal SRS (Sexual Reassignment Surgery) 

S: Masa ni pun dia dah buat SRS...

KakSu: aaa, ni adalah selepas dalam fatwa dikeluarkanlah 

S:Lepas eh?

KakSu: Iyalah , this is 1987, fatwa tu 1985,…kan, so memang ada perbincangan, memang selepas tu kan, dari rentetan isu tu diorang buat macam ni, diorang want to find out lah so Dr.Masa Baki pun dari segi saikologi i pun dah lupa tentang presentation dia tapi topik-topik dia memang berkaitanlah …

S: a ah

KakSu: aaa... professor Woon ni adalah kawan kepada Dr.Teh masa tu lah tapi dari sgi presentation dia i dah lupa, i tak ingat, then disni ada perbincangankan, panel-panel dia Prof Khairuddin, Prof Woon tu, dengan Matsaabathi, Dr Harun Sani ni…..Wakil Persatuan Maknyah Wilayah lah, maknanya masa tu kitorang lah dalam tu…dalam dewan tu. So memanglah dari segi isu-isu dari segi fakta-fakta maknyah tu memang very strong tetapi dah semuanya diketepikan oleh Dato Harun Sanilah, masa tu dia dengan Wilayah Persekutuan punya pengarah ni ke apa saya tak ingat tapi dia yang mengatakan macamana pun kita ni tetap seorang lelaki…yer…

Then saya ingat lagi masa tu, seorang TS tu, aaa Cik Karina lah….dia bangun…dengan beraninya bercakap …question "Kenapa tak orang-orang agama belajar biologi"

S: Hahhahahaha 

KakSu: Yerr… 

S: Very good argumentlah

Kaksu: aah sooo disitulah tapi Harun Sani still keep to dia punyalah…then apa-apa presentation dia tak di terima pakailah, sebab dia kata undang-undang islam dah kata macam tu, macam mana pun...

S: Tak boleh diperdebatkan 

KakSu: Aah tak boleh di ni kan lagi sebab dia dah keluarkan dia punya ni lah sebab dia orang agama…then kita balik dengan perasaan tak puas hati and adalah macam ejekan daripada few of the student ke apa "Alaa diorang tu lelaki " , dia macam perli-perli bunyi lah kita dengar, so kita just straight baliklah, Karina pun macam masaaam …saya ingat masa tu Saya, Baizura, Noni Penang…

S: KakBai pun ada?

KakSu: ada…hmm Tini, Tini masa tu belum vokal sangat lah, Mimi Zarina if i'm not mistaken, tak ramailah saya ingat dalam 10 orang macamtu lah adik-adik dalam tu..
tulah ending dia macam tu jer after that takde sapa lagi, sebab dia dah come to conclusion that we are man, so this is what Harun Sani punya nilah....

S: yang Fatwa tu tetap stay lah...

KakSu: Fatwa tu still staylah sebab dia dah ni, sebab fatwa tu because dia ada case lah, yang TS berkahwin tu....

S: Oh tu yang dorang keluarkan fatwa tu pasal ada TS yang berkahwin...

KakSu: Sebab diorang justify kan kata "Ramai lelaki akan tertipu"…konon-konon nya laaaaah...

S:Patutlaaaa, pasal tu fatwa tu keluar, bukan keluar macam tu jer,…ic…

KakSu: Sebab ada satu case tahun 85 jugaklah, ada TS kahwin, tetapi ex-boyfriend report kepada jabatan agama lah that "she used to be a man lah" ..Dia bukan perempuan betul lah….so pihak Jawi pun masa tu mencari dia untuk jadikan perkahwinan mereka tak sah, sebab dia dah dikahwin betul-betul dah...

S: ye ke….

KakSu: sampai dorang cari, dorang ni lari, cari untuk pisah kan, so masa tu tabloid Mingguan Perdana , so dorang create that sensationlah about this issue, tulah apa -apa berita tentang dorang tu kan macamana feedback dia, dia kata "Dia tak akan berpisah dengan lelaki dia" apa semua keluarlah …

S: tapi jabatan agama tetap cari dia

KakSu: …cari untuk pisahkan dia sebab dia dah kahwin kan,

S:offical…

KakSu: aaah... dah official

S: I rasa masa tu ramai lagi maknyah yang dah kahwin tapi takde orang tau kan

KakSu: Sebelum tu ada, dan kita tau, dan yang dah berkahwin tu diorang takut lah, sebab takut dideclare tak sah…then so, keluar fatwa tu lah
….dia punya justification tulah untuk takutkan lelaki kononnya kalau dia kahwin its same-sex marriage lah, itu dia punya understanding....

S: yang ni pulak?






KakSu: tu kita punya carta organisasi dalam persatuan tu...

S: ni tahun bila kakSu

KakSu: Tahun 83 ke 84, macam tu 

S:ooo…lama kan?

KakSu: aaaa…sebab awal-awal ni, Mimi Zarina, bila i korek-korek balik yang lama i punya fail, baru i nampak, dulu pun, Noni Penang biasa jadi kita punya presiden...aaa, its not just only Mimi Zarina…ah flyer ni yang original yang i boleh jumpa lah...

S: tulah patut frame ni..

KakSu: aah..carta dia, dulukan orang ingat hanya MimiZarina sahaja..dulu awal-awal pembentukan tu memang dia, mungkin tu lepas tu pemulihan baru Noni dari Penang,
yang lain tu maintain semua lah, bawah-bawah tu ada pertukaran lah, so kita dulu consist of adik-adik India, campur-campur, kita punya presiden tu pun NonyaBaba jugak aaa orang Penang,

S: Dia ada lagi lah sekarang kat Penang

KakSu: ada..dah kahwin..duduk Europe, dia stealth lah, dia tak mau family sana tau, tapi dia masih kitorang dalam facebook lah kan, dia pun ada inbox saya dan happy dengan perkembangan kita di sinilah , tulah tengok ni ooo dia ni penah jadi kita punya presiden…ada yang kat sini dah arwah …Ina Joyah….Norhelena ni saya ingat , Helen Helen Sarawak yang lagi sorang lagi tu, aa yang ni Mak Ita..aaa Madam..

S: hiks~

KakSu: Ni Ramlah Gogo ada lagi , Cik Kartinaaa….i tak ingat..Kartina ke ataupun Karina i tak ingat ..tapi Cik Satira ni , lupa-lupa i, ni saja yang i ingat,
yang ni, yang ni, yang ni je…nilah "Persatuan Maknyah Wilayah Persekutuan"

S: masa ni tak banyak orang kacau maknyah-maknyah ni....

KakSu: nilah, persatuan kebajikan , diorang lah yang initiate persatuan ni 

S: Sapa yang initiate? 

KakSu: aaa government....

S: lepas tu ?

KakSu: leaps tu disebabkan ada tekanan dari religious bodies, so dibubarkan and at the same time kita tak tahu sangat macamana nak uruskan persatuan…
dari segi macam segi financial punya ni ke..reporting ke…apa semua kan…kita kena hantar laporan ke Jabatan Pendaftaran kan…so lepas tu disebabkan tekanan dan juga tak berapa pandai nak urus sebab bergantung kepada kebajikan yang ni kan, so kita,..

S: Program-program....

KakSu: Program tak berapa ni sangat hanya kebih kepada like macam buat komuniti worklah macam buat mengecat hospital, buat gotong-royong bersihkan rumah orang-orang tua, so that is some of dia punya komuniti punya worklah…yang kita buatlah..

S: jap KakSu eh, nak test…

KakSu: berdegumnya suara aku…

S/KakSu: Lol














S: Ok seterusnya apa pulak ni? "Mutiara Kata untuk maknyah, menghargai kesihatan" boleh terangkan sikit KakSu?

KakSu: Ini adalah kita punya 1st pamplet lah, khusus untuk Maknyah yang berkaitan dengan kesihatan lah dan jugak dicampurkan dengan informasi-informasi berkaitan dengan HIV AIDS lah, jadi kita punya 1st projek buat pamplet ni di mana saya dengan KakTini masa tu, sama-sama merukirkan tentang apa bentuk informasi yang kita nak letak dalam  kita punya pamplet lah, so saya, kebanyakan part saya adalah lukisan-lukisan yang ada ...

S: KakSu lukis sendiri ke ni?

KakSu: Saya lukis, mungkin saya ada edit sedikit, nampak dari segi shape-shape ni semua lah,..

S: Sapa design ni KakSu?

KakSu: aaa saya yang design kan...

S: oh ye ke…layout semua KakSu buat ke ni? 

KakSu: aaa design-design tu saya yang buat tapi layout tu bukan saya lah , bahagian pencetak lah...

S: printer tu buatkan lah

KakSu: tapi gambar-gambar tu kita yang nikan....

S: KakSu lukis,..

KakSu: jadi dia masa tukan kita lebih kepada pencegahan HIV AIDS, bagi informasi maklumat, jadi kebanyakan adik-adik dia tak berapa tau dan disamping tu kita masukkan ahhh..apa-apa maklumat berkaitan macam hormon, macam bebang ya,..semualah, jadi dia berkaitanlah jugakkan, apa kesan dia kepada kesihatan seseorang maknyah tu, tulah…dari segi safer sex, sebab kebanyakannya kita sini sebagai maknyah kita tau apa yang mereka lakukan  dan daripada tu kita, macamana kita nak cuba minimise-kan dia punya risiko dia..jadi kita buat ni khusus untuk maknyah

S: tahun berapa ni?

KakSu: lama, yang ni saya ingat tahun, mungkin akhir …tak,…kita TS program dia start 1993, so yang ni kemungkinan tahun 1984,1985 macam tu lah..jadi kita dah start membuat program-program,…pamplet macam ni sebab kita rasa maknyah takde lagi ada buku maklumat macam ni, jadi kita buatlah idea macam ni....

S: cantik KakSu..i mean like sampai sekarang KakSu simpan....

KakSu: emm… sebab saya tahu ini adalah hasil saya, jadi...

S: Hasil kerja tangan...

KakSu: aaa mungkin orang tak tahu....





S: kan,kan,kan….yang ni pulak?…warna purple…

KakSu: Pamplet warna purple ni adalah saya...

S: Wanita dan kesihatan…i suka lukisan kat luar ni,..very the creative…
KakSu: aaa untuk flyers, masa tu saya bekerja dengan Wanita dan kesihatanlah, jadi semasa …kata orang masa conference, semasa workshop, jadi kita nak promote lah kita punya program sebab semasa saya dengan "W.A.K.E.", saya ditanggungjawabkan untuk ...

S: ooo ni masa kat "W.AK.E.?…KakSu kerja kat W.AK.E bila? dah lama? 

KakSu: masa 2003 selepas maknyah program dengan Sexworker program ditutup sebab takde funding…2 tahun..

S: ooo ye ke…PTF tutup?

KakSu: aa masa PT tutup then after one and a half ..

S: ooo.. PTF penah tutup lah ye, ingat selalu ada funding ek..

KakSu: "Program Maknyah" dengan "Sex Worker" telah kena tutup tahun 2000

S: is it because tekanan orang agama jugak?..

KakSu: No..sebabkan masa tu kita dapat funding dari luar negara, daripada HIVOS daripada EU semua, dan alasan yang diberi adalah Malaysia sekarang adalah sebuah negara yang maju dan mereka hentikan dan mereka nak channel kepada negara lain,…China, Cambodia, Vietnam lah…so then kita tutup dan saya pun takde kerja lebih dari setahun lebih , 2 tahun…so then saya diambil bekerja di W.AK.E., dan inilah hasil saya untuk promote dan develop program yang ada di W.AK.E. lah masa tu

S: KakSu ada lukis macam ni lagi tak, macam very abstract, very nice,….

KakSu: ada, tetapi banyak ada kat PT, tak tahulah ada yang hilang ada apa,…selepas saya ada banyak sketch-sketch macam ni , yang lebih kepada abstract macam ni lah…

S:  hmmmm…






KakSu: Ok, ini adalah flyer atau risalah kita lah yang dekat W.A.K.E., tapi sebelum ni semasa dengan PTF banyak jugaklah, macam yang "Mutiara Kata" ni, saya dengan Tinilah bekerjasama buat ni semuakan, sebab dia tahu saya boleh melukis so dia suruh saya buat...

S: very creative KakSu...

KakSu: So yang lain-lainnya macam risalah-risalah informasi yang kita buat semasa di PTFoundation untuk menyampaikan maklumat dimana bila kita buat outreach kita akan menyampaikan maklumat kadang-kadang maklumat tu secara verbal orang atau kita punya komuniti diluar sana tak berapa paham jadi saya cari idea untuk macamana nak bagi diorang faham, ya jadi awal-awal kita dulu dah dapat dia punya ni, kata orang dapat satu idea di mana kita kena buat bentuk gambaran jadi dengan melukis, dengan ada gambar, mereka akan tengok gambar tu dan mereka akan maklumat-maklumat yang kita sampaikan lah...

S:  KakSu dapat idea daripada mana?

KakSu: ermmm..saya tak dapat idea mana, saya hanya fikirkan sendiri tentang apa saya punya trademarklah untuk menyampaikan maklumat ni, salah satu nya adalah saya guna trademark "Cik Siti Wan Kondom"... 

S:  Lol

KakSu: Ok, jadi benda tu i dah lama gunakan, sampai setiap kali i gunakan Cik Siti Wan Kondom lah…yang ni bukan saya buat tapi yang lama PT punya saya simpan lagi, sebab ini dulu-dulu punya...

S:  Lukisan dia pun lain eh KakSu...








KakSu: aa lain , ni PT punya lama punya, yang ni MSM buat ke apa ke i pun tak ingat, tapi i simpan sebab ini adalah... 

S: artifek ni...

KakSu: aaa lama-lama kan, mungkin sekarang yang baru, tak tahu yang kita pernah ada yang macam ni... 

S: kan..

KakSu: so bentuk-bentuk gambaran macam ni lah aaa ada mesej dia jadi kita …you know walaupun Cik Siti Wan Kondom is tentang menggunakan kondomlah…
lepas tu ada dia punya ni ni semua tu kan…






S: ..yang ni pulak?

KakSu: yang ni adalah untuk ni jugaklah, aaaa untuk informasi tentang tanda-tanda simptom-simtom berkaitan penyakit kelamin 

S: ..yang ni untuk STD lah

KakSu: aaaa...

S: rujukan untuk STD lah, yang paling awal sekalilah..
KakSu: yeeessss kita...

S: semua manual nampak ada buku matematik kotak-kotak ni lol...

KakSu: aaaa jadi makna nya dulu i hanya pakai lukisan saja yang simple-simple, line dengan tanga dengan ruler...


S:  semua manual…

KakSu: aa yang ni kan macamana bersenam lah, pakai seks dengan perlindungan kondooom ya, macam konon-konon hidup sihatlah …untuk elakkan kondom

S:  i suka design ni semua KakSu guna tangan,…manual

KakSu: a ah...

S: dia takde guna computer...

KakSu: nilah kita punya 1st Cik Siti Wan Kondom punyaaa ni lah...

S:  character kan...

KakSu: hmmmm






S: ni pun KakSu lukis ke?

KakSu: tapi ni lah macam kita ikut, yalah kita nak lukis macam figure macam ni tak berapa ni sangat jadi ikut daripada gambar lah...

S: aaa yang ni? mari menyanyi lagu dangdut kondom ni...

KakSu: aaaa lol...

S: ni macam i pernah dengar je, lagu sapa ni?

KakSu: angkat kaki lah, lagu Shida tu... 

S: camner? camner?

KakSu: Aku sudah tidak percaya pada mu,…kan lagu tu ?

S: lepas tu KakSu tukar lirik dia lah

KakSu: aaaa tukarlah jadi macam, jadi kondom laaaah....

S: aaaaaa....

KakSu: aaaaaa…tulah dorang menari-nari lah 

S: ni pageant ke ni?

KakSu: takdelah penyanyi ni lah aaa jadi...

S: konon-konon joget-joget 

KakSu: aaa kan mari menyanyi lagu dangdut kondom,…masanya, namanya…

S: comelnya….semua manual....

KakSu: aaa saya lukis, saya lukis sendiri dorang menari-nari semuakan….aaaa  saya tukarkan lirik "angkat kaki" jadi dia punya ni lah..

S: very creative….sayang kan ni KakSu satu jer….origal dah takde lagilah? yang ni satu jer?

KakSu: yang ni adalah (saya ingat original), bila fotostat-fotostat kan sebab i nampak dari segi dia punya writing ni, dia ni macam original eh?..

S: ni bukan original, ni fotostat KakSu.....

KakSu: sebab original ada dalam satu fail tapi hilang...

S: sayangkan…

KakSu: satu fail dekat PT hilang…






S: yang ni pulak pasal apa KakSu? 

KakSu: yang ni pulak pasal promote klinik…klinik nilah pasal STI/STD semuakan, dulu memang adalah, WHO lah…buat apa semua kan, so diorang base, sebab kita tau komuniti kita susah nak pergi klinik kaan, aaa.. dulu kita memang dah ada  

S: ooo dah ada macam Safe clinic... 

KakSu: aaa... macam tu tapi lebih kepada STI lah, jadi untuk penyakit kelamin untuk Sex Worker dengan TS, so kita nak bagitau dengan client kita ada klinik lah, so kita buat macam ni satu…nilah untuk bercerita-cerita …pok pek pok pek… apa yang you cakap ni? pasal klinik lah…aaaa... jadi macam tu lah…

S: ni pun untuk komunitilah 

KakSu: yessss yang ni pun saya lukis sendiri lah 

S:  aaa cantik.. KakSu tak lukis lagi ke? dah berhanti dah?...

KakSu: penat...

S:  PENAT? ni passion KakSu mana boleh penat...

KakSu: iya lah...

S: KakSu patut lukis pasal yang haritu kita pergi Langkawi naik buaian tu...

KakSu: AAAAAa kaaaan?

S: lol asal tak lukis?

KakSu: hmmmmm….





S: ni apa kakSu?….

KakSu: aaaaa yang ni…adalah macam kita tau adik-adik masa tu kan…dia macam-macam term yang dia pakai…macam pil cuci darah, sebenarnya bukan, takde pil yang cuci darah semua kan…

S: ni pun awareness lah ...

KakSu: ni kan buangkan tabiat amalan yang lama…jadi makan pil cuci darah yang dibeli sendiri, maknanya, i guna, pil darah ni berkaitan dengan antibiotik, penisilin yang beli tepi jalan tu? 

S: ada ke? tipu ke? ...

KakSu:  ADA, diaaa can be sold anywhere masa tu,….

S: oh ya ieee

KakSu: penisilin ….

S: memang boleh cuci darah ke…

KakSu: so dekat every brothel, dia ada macam meja-meja, dia letak atas tu…sebelah tu kalau ada farmasi, dia boleh jual kat you lah sebab masa tu takde peraturan lagi perlukan prescription kan..  so amalan ni kita kata yang patut kita buangkan lah tabiat ni kita makan yang dibeli sendiri self-treatment lah maksudnya….

aaaa jadi kita selalu beli makan…jadi terasa kalau jantan tu ada kudis ke nanah ke kan, kita ingat kita dah kena, then kita terus beli,,,makan…konon-konon untuk nilah macam intervention awal-awal konon-konon nya….ok ni dulu pun i dah tulis dah "makan hormon tanpa nasihat doktor" tapi memang ini amalan sampai sekarang ada….kan?…buat tanpa kaunseling yang sepatutnya, yang ni dia pergi bagi duit, pap…potong….(SRS),..aaah so…kalau boleh kita stopkan lah…maknanya kita kena go to proper ni lah…injek silikon tanpa mengambil tahu risikonya,...

S: ooo... daripada dulu dah ada kan….tapi i rasakan dulu-dulu punya lagi bagus bahan dia... 

KakSu: i tak tahu sebab tu i takde…mende ni sangat i takde.....

S: …because sekarang ni kan kalau adik-adik pergi injek, semua hilang...

KakSu: macam air kan,...

S: dulu kan bahan-bahan masih melekatkan KakSu kan...

KakSu: tapi saya tak halang dorang , i kata injek silikon tanpa mengambil tahu risiko dia, kena tahu apa kesan dia…
tidak pakai kondom untuk jantan muda…lawa atau bayar lebih…kena tahu apa kesan dia..nikan orang yang muda mana ada…baru kan,…
makan pils-pils tanpa nasihat dari doktor ni pun dulu pernah..obat apa yang dorang makan, macam-macam lah…pergi cek darah tanpa kaunseling, takde macam kaunseling lah…amalan yang baru seperti …ni lama yg baru,…jupa doktor untuk dapat nasihat doktor kesihatan, cek darah untuk apa jenis hormon yang sesuai ….tukar jantina selepas kaunseling dan jumpa pakar jiwa …eh nasihat doktor kalau nak injek silikon

S:  i rasa semua doktor cakap jangan injek…

KakSu: aaaaaa…..kalau naklah, kau taulah, kau cakap jangan-jangan, dia injek jugak…….ingat orang yang ada HIV takde tanda jadi maknanya kita tak kira muda atau ni, dia akan refer to simptom ni lah…pergi kaunseling dulu untuk cek darah untuk HIV, so kita dulu dah tahu dah ada masaalah ni...

S: sebelum dan selepas ada kaunseling kan..

KakSu: hmmm,..ok dulu STD lah cek darah untuk penyakit kelamin, STD…lepas tu i clarify kan balik takde istilah pil cuci darah atau darah kotor,…mana ada, kan jumpa doktor lepas tu cek darah….STD untuk memastikan apa jenis penyakit kelamin…makan ubat sampai habis dan jumpa doktor balik untuk pastikan kuman STD tiada lagi,…follow up lah….aa ingat takut jumpa doktor akan membahayakan diri sendiri kalau ada keraguan dan nak mintak nasihat, hubungi "Ikhlas", masa tu kita punya ni lah…so that is part i punya informasi …sebab adik-adik aaa..kena macamlah less than ni kan..baca kan, kalau lorong ke apa kan, tapi bukan semualah, ada yang buat untuk tempat duduk, untuk kipas,..ya lah...








S: ok KakSu yang ni pulak "CIk Siti Wan Kondom" …yang ni flyer ni macamana apa cerita dia…yang ni cantik macam komik pulak, i suka ni.. 

KakSu: yang ni kempen i untuk orang yang ada HIV kan, ada Positive Living punya program tapi....

S:  yang ni masa kat W.A.K.E. ke? 

KakSu: bukan yang ni masa lagi dekat PTF, hanya kat PT saya banyak buat ni... 

S: lukisan-lukisan lah...

KakSu:  aaaaa, soo yang ni lebih kepada orang yang ada HIV, supaya dia walaupun dia ada HIV, dia jaga kesihatan dia lah, dari segi jumpa doktor makan ubat…
mesej dia adalah, saya seorang yang HIV positif, namun saya nampak sihat dan ceria, petua caranya semua ada disini …makna nya…i nak bagi informasi bahawa you know walaupun HIV you boleh hidup sihat, you kena jaga pemakanan you, semua everythinglah so in general lah, then i buat kata-kata bistari lah kononnya….

S: lol

KakSu: "Satu kawan yang memahami adalah lebih baik dari seribu kawan yang simpati"

S: yup, yup,yup,yup…

KakSu: aaa... so simpati tu tak guna, but faham dia...

S: kata-kata bistari…

KakSu: yezzzzz

S: ni apa pulak ni, ni KakSu buat jugak ke ni...






KakSu: yang ni tak, yang ni ambil dari komputer…masa tu i dah setat pandai ni lah…

S: tapi Kaksu design jugak...

KakSu: aaaa tepi-tepi ni i buatlah…i baru belajar masa tu kan…macamana nak buat border...

S: guna PC ke KakSu eh….

KakSu: a aaahhh....

S: apa program ni KakSu ingat tak,...

KakSu: i pun lupa-lupa,...

S: MS Paint ker…apa nama program ni...

KakSu: tak, kan ada appllication tu, dalam Words pun boleh arrange..sebab masa tu i tak tau PowerPoint,Excell,...pun very ni…i lebih kepada Words lah, yang ni tentang jugaklah Ikhlas klinik kita tu lah,,…sooo

S: yang ni masa kat PT headquarters lama tu eh HQ…

KakSu: aaaa aa PT lama, Ikhlas sebab Ikhlas kan dulu kits manage Ikhlas consist of DU(Drug User), Sex Worker dengan TS…soo i akan in charge dengan 2 tu, "TS" dengan "SW" satu floor….soo... ini this is spa yang ada dalam klinik masa tu lah, yang ni basic,,…tentang you punya medical check-up lah untuk STI, untuk HIV, kaunseling so….mamogram semua kan…aaa so memang masa tu adalah….jadi kita nak promote kan…

S: aaa yang ni ada kat belakang dia "GUNA KONDOM DENGAN BETUL" 

KakSu: aaa so ini macam kita nak ..so nilah,..proper condom usagelah...

S: masa ni KakSu ada letak ni kat atas….

KakSu:takde,..

S: ooo pass kat orang....

KakSu: aaaaaaa kita lipat-lipat…bagi…

S:  kakSu banyak jugak design flyer dulu kan?

KakSu: aaa banyak…satu fail lah…diorang jumpa tapi …jadi ni saya cari-cari nampakkan, saya ambil balik…then saya nilah…supaya…ada satu lagi i lupa bagikan fail..yang ni…i jumpa dalam i punyaa file satu lagi...

S:  yang ni i bawak balik scan KakSu eh?

KakSu:aaaah...

S: sayang,..ni semua guna tangan lukis ni...

KakSu: aaaaaa, dulu mana kita ada kompiuter semua... 

S:  ada komputer pun jadi macam ni print…dia macam titik-titik..(lo-res)

KakSu: aaahh...

S:  aaa KakSu nak cakap apa-apa lagi ke pasal design flyer ni, KakSu taknak buat design lagi ke, flyer-flyer untuk PT….i seronok suka tengok benda-benda macam ni..

KakSu: iyerrrr….tengoklah apa,..kadang-kadang…ikut mood ker…

S: pasal kerja i memang buat benda ni i buat kat rumah, tapi kakSu generasi sebelum ni, semua guna freehand…..

KakSu:  ada memang saya ada,..tapi saya…masa tu tak mengizinkan,…tetapi bila saya attend workshop ke, conference ke, kalau boring, tangan i akan menggatal, buat sketching ke semua, ada lagi, …tapi saya sekarang ni saya sketchkan, lepas tu saya photoshopkan,…saya letak kaler 

S:  ya ke…

KakSu:  aaaa,…saya letak kaler, nanti saya akan postkan,..a few of my sketch lah,..

S: banyak?

KakSu: tak, tak banyak, sebab i tak jumpa yang lama-lama, so i tangkap guna kamera saya sendiri , upload kan dalam i punya komputer, then i buat photoshop…i letak kaler semua…tapi its about figure-figure sayalah..muka….

S: very art-art lah...

KakSu: aaaa sebab i teringin nak guna photoshop

S: yup, yup, yup...

KakSu: sebab i biasa pakai guna watercolourkan semua dulu ada,… tapi sekarang ni dah,…tak berapa ni sangat lah…..

S: sekarang banyak orang guna komputer lagi laju….

KakSu: hmmm, lepas tu senang you nak apply dia punya ni semua…so itulah buat masa ni, sikit-sikit macam tulah….tengok masa saya lah…

S: Kak Su taknak buat exhibition ker? banyak artwork...

KakSu: aaa? banyak yang i tak berapa ni,, jadi ada yang dah hilang , kalau i ada connection ke,.....yang macam-macam ni boleh dibuat exhibition ker???? 
yang sketch-sketch macam tu? boleh ke?????

S: yang ni i suka benda-benda macam ni…kalau boleh frame kan,..

KakSu: ehhh? 

S: actually boleh scan leaps bole buat print besar-besar.....

KakSu: tulah,..sebab you lebih kepada tu, dan i tak berapa focus sangat,...

S: actually kadang-kadang orang yang tak berapa focus sangat yang kerja dia lagi interesting lol, daripada orang yang focus,..lol...

kakSu: tapi takpe, kalau apa apa nanti i will share with youlah,…apa-apa yang kakSu...

S: aaaaa kakSu punya drawing ke apa ke,

kakSu: tulah,…

S: oklah thank you KakSu…

kakSu: jom kita naik atas...

S: jom, jom...

Then we went up to 4th floor MakNyah program for the Legal Aid Training from LAC team.... (Terima Kasih KakSu) ~<3

Below are some examples from the glossary of words that the local transwomen/Mak Nyah community uses to communicate with each other. This document is from the early 80s, and since then the vocabulary has been expanded greatly and become more colourful. The words used by the community also depend on which state the Mak Nyah comes from. Even though Mak Nyahs use it exclusively when communicating with each other, some words have also been adopted by the wider Malay-speaking Malaysian society as it becomes popularised by the media. Please don't use it to mock and discriminate transpeople: use it wisely.